Thursday, December 16, 2010

Warga Emas ditinggal dalam keadaan bogel

Seorang ibu berusia 70 tahun ditemui tinggal bersendirian dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah usang di Kampung Melekek Dalam, dekat sini, dipercayai ditinggalkan anaknya bagi tempoh agak lama.

Warga tua malang ini didapati berbaring di atas sebuah katil daif tanpa dibaluti sebarang pakaian, manakala najisnya dilihat bertaburan di situ, selain keadaan persekitaran berbau busuk dan hancing serta sangat meloyakan. Seorang penduduk, Rahmat Sulong, 60, berkata wanita tua berkenaan yang dikenali sebagai Inap Aji, dibiarkan tinggal seorang diri dan hidup seperti itu oleh anaknya sejak kematian suami beliau beberapa tahun lalu.

"Beginilah keadaannya sepanjang masa dan beliau akan makan, minum dan buang air di tempat sama iaitu di katilnya. Sebab itu tempat ini berbau busuk dan hancing kerana wanita tua ini sudah tidak boleh bergerak lagi kerana terlalu uzur," katanya.

Rahmat berkata, sebagai jiran dan penduduk kampung itu, beliau prihatin dengan nasib wanita tua berkenaan dan berharap satu tindakan segera diambil bagi membantunya supaya tidak terus menderita terbiar di situ dihurung lalat dan bau busuk.

Katanya, wanita itu mempunyai seorang anak perempuan yang sudah berkeluarga dan melawatnya selang beberapa hari dengan membawa makanan.

"Kami sebenarnya sudah bertemu wanita ini dan berbincang berhubung nasib ibunya tetapi tidak mendapat maklum balas positif, malah kami juga pernah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapat bantuan dan ia tetap tidak berhasil.
"Mengikut JKM, wanita tua ini mempunyai pencen sebagai tukang sapu, manakala anak tunggalnya itu bekerja. Disebabkan itu, wanita berkenaan dikatakan tidak dapat dibantu walaupun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah berusaha ke arah itu.

"Jadi, sampai bila wanita tua ini terus hidup dalam berkeadaan seperti ini? JKM sepatutnya menghulur bantuan termasuk membawanya ke pusat jagaan sesuai supaya kehidupannya lebih terurus," katanya.

Sementara itu, tinjauan lanjut mendapati bahagian dalam rumah kayu itu dibiarkan tidak berkunci, selain keadaan dalam rumah berselerak, manakala lampu bilik menyala sepanjang masa oleh anak warga tua berkenaan.

Thursday, December 9, 2010

Penjara 4 tahun kerana RM 10???

KUANTAN: Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas seorang penjual ikan yang mengaku bersalah meragut beg seorang wanita berisi RM10.

Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dari Triang, Bera, dituduh meragut jurujual berkenaan di belakang Sekolah Rendah Sultan Abdullah, Jalan Wong Ah Jang di sini pada 9.45 malam 12 November lepas.

Selain wang tunai itu, beg itu juga mengandungi kunci rumah, MyKad, buku akaun bank dan surat hospital.

Tertuduh ditangkap oleh orang ramai di kawasan berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.

Nik Khairul Azmi memohon supaya dikenakan hukuman yang ringan dengan alasan isterinya baru melahirkan anak tiga minggu lepas.

Hakim Irwan Suaibon menetapkan hukuman penjara berkenaan berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditangkap.

Nik Khairul Azmi tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilla Md Ali.

#Ikan bilis ditangkap Jerung dilepaskan bermaharajalela..fikir-fikirkanlah wahai rakyat M'sia...

Thursday, November 25, 2010

Kubur Berasap...Gemparkan penduduk..!

KEDAH:seorang penduduk di sini yang tidak mahu namanya disiarkan,memberitahu bahawa beliau dan beberapa penduduk kampung ,seringkali dikejutkan dengan kejadian,kubur berasap di sebuah tanah perkuburan. kejadian itu bukan sahaja berlaku sekali malah didakwa terjadi berulang-ulang kali.

"Kebiasaanya kejadian seperti itu akan dilihat mereka yang biasa melalui jalan bersebelahan tanah perkuburan tersebut pada waktu malam.keadaan ini memang mengerikan terutamanya bagi pekerja kilang yang pulang pada waktu tengah malam,"katanya.

Berdasarkan apa yang diceritakan olehnya,tiada sesiapa yang mengetahui punca sehingga terjadinya perkara seperti itu.meskipun begitu,ramai yang mempercayai bahawa jenazah yang tertanam di dalam kubur itu merupakan seorang pengamal ilmu hitam.

Selain itu ,terdengar juga jeritan-jeritan sayu dan menakutkan dari kubur berkenaan sehingga membuatkan ramai pejalan kaki melalui jalan untuk pulang,lebih teruk lagi,kubur itu mengeluarkan api dan berbau busuk sehingga ramai yang tidak dapat menahannya.

Sehingga kini pelbagai ikhtiar telah dijalankan tetapi tiada satu pun yang dapat memberikan kesan yang ketara.walaupun demikian,kubur berkenaan kelihatan normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pada waktu malam.

Monday, November 22, 2010

GEMPAR!!!! Calon Pelajar Cemerlang SPM Hilang...

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok, tidak pulang ke rumah sejak empat hari lalu selepas dikatakan keluar ke kedai untuk membeli alat tulis bagi menghadapi peperiksaan itu.

Fatin Farihah Nordin, 17, yang pernah meraih anugerah pelajar cemerlang Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Damai dekat sini, tahun lalu, keluar rumah jam 12 tengah hari Rabu lalu.

Ibunya, Zatul Bazamah Zainal Abidin, 34, berkata anak sulung daripada lima beradik itu keluar rumah sehelai sepinggang dan mengesyaki anaknya itu keluar bersama seorang lelaki kerana ketika beliau menghubungi telefon bimbit anaknya, pelajar itu memberitahu berada di Putrajaya bersama seorang rakan.

“Ketika saya menelefonnya, dia beritahu berada di Putrajaya dan ke sana menaiki motosikal bersama rakan. Apabila saya tanya sama ada rakan itu lelaki, dia terus matikan telefon bimbit dan sehingga kini tak dapat dihubungi,” katanya ketika mengunjungi Balai Berita di sini, semalam.

Zatul Bazamah berkata, beliau bimbang terhadap keselamatan Fatin Farihah kerana selepas empat hari, anaknya itu langsung tidak menghubunginya, apa lagi dia perlu pulang segera untuk menduduki SPM.

“Saya sekeluarga sudah mencarinya di Putrajaya selain menghubungi rakan rapatnya tetapi mereka tidak tahu ke mana anak saya menghilang. Saya bimbang dia tidak mengambil SPM kerana akan menjejaskan masa depannya,” katanya.

Katanya, beliau sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh, semalam, dan berharap sesiapa yang mempunyai maklumat menghubungi beliau di talian 010-4304001.

Sunday, November 7, 2010

Lagi pelakon ditahan berhubung DADAH...

Seorang pelakon filem Evolusi KL Drift dicekup polis kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, pelakon berusia 30 tahun itu ditahan bersama tunangnya ketika menunggu bekalan dadah jenis metafetamin di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) di Ampang dekat sini.

Katanyan, saringan awal di ibu pejabat polis daerah itu mendapati kedua-dua mereka positif metafetamin.

“Ketika ditahan kira-kira pukul 8 malam, kedua-dua mereka menunggu bekalan dadah, dipercayai daripada bekas kekasih wanita terbabit yang menetap di kawasan berhampiran.

" Pelakon itu mengaku mengambil dadah itu sejak sembilan bulan lalu.

“Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya,” katanya memetik laporan akhbar.

Kerjaya seni artis terbabit bermula sebagai anggota sebuah kumpulan muzik, namun hanya tampil dengan sebuah album sebelum dibubarkan.

Selain watak utama beberapa drama, dia juga sering tampil sebagai pelakon pembantu di sebuah syarikat perfileman terkemuka.

Monday, July 5, 2010

Tragedi yg Tak Patut Kita Lupakan...

Merujuk kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Dan Artikel 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'(Undang-undang Islam).
Hasil dari ini terjadinya kes-kes:

1. Aisyah Bukhari : Seorang gadis yang sangat2 tahu tentang Islam, dan akhirnya menukar agama dengan menggunakan kuasa mahkamah apabila dihalang oleh keluarganya.

2. Hartina Hj Kamaruddin : Seorang anak kepada bapa yang mana bapa dan adiknya ditahan dlm lokap selepas didakwa anaknya sendiri yang telah menukar agama kepada hindu dan mengikut kekasihnya dan yang amat menyedihkan dia telah menyaman bapanya sebanyak 3 juta dan kini dia telah menukar namanya kepada Nivasni Rajeswari.

3. Yusof bin Abdullah : Saudara baru kita, setelah mendapat hak penjagaan anak oleh Mahkamah Syariah Alor Setar, Yusof atau nama hindunya dulu Santana telah ditangkap oleh Polis Malaysia dan dimasukkan ke dalam lokap selama 8 hari setelah bekas isteri beliau yang beragama hindu membuat laporan polis apabila tidak dapat mengambil anaknya dibawah jagaan Yusof, dimana sebelum itu bekas isteri beliau telah mendapat perintah hak penjagaan anak daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur padahal Mahkamah Syariah terlebih dahulu telah memberi hak penjagaan kepada Yusof. Lepas tu polis ambil balik budak itu dan beri pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si bekas isteri ni, dia minta pula mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

4. Suzie Teoh : Seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapanya tidak suka, dan saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke Mahkamah Persekutuan. Dia mohon pada makhamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa itu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.

Lepas dua tahun kes ini dibuka semula dan Suzie telah memilih Islam sebagai agamanya dan telah dibuat pengishtiharan oleh Tun Salleh Abas. Nama Suzie ditukar ke Nur Aini. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

5. Ibrahim dan Siti Solehah : Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.
Pada malam hari Valentine 14 Februari, 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Inilah hasil ciptaan penjajah dimana perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam
adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Renungan :
"Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap. (Imam Al-Ghazali)"

Bukti Kebenaran Islam

Untuk pengetahuan seluruh dunia, ada satu RAHSIA BESAR tentang kebenaran ISLAM. Islam adalah satu-satunya AGAMA YANG HAK dari sisi Allah. Sejak Adam a.s., agama yang disampaikan oleh setiap rasul adalah Islam dan semata-mata Islam. Mahu tahu apakah RAHSIA itu?

Ia adalah RAHSIA ANGKA BERULANG. Rahsia ini akan terserlah dengan cukup jelas jika anda luangkan masa anda yang berharga itu untuk mengkaji Kitab Suci Al-Qur’an. Saya dedahkan RAHSIA ini kepada seluruh dunia setelah mengkaji selama 23 tahun (sejak 1983) dan saya akan mulakan dengan bukti yang paling mudah tapi merupakan bukti yang terhebat.

Bagaimanakah untuk anda lihat RAHSIA ini? Ianya amat mudah. Eja nama rasul kesayangan kami menggunakan huruf Arab, iaitu: Mim, Ha (kecil), Mim, Dal and Ba, Nun followed by ‘Ain, Ba, Dal, Alif, Lam, Lam, Ha. Tidak ada cara lain untuk mengeja nama itu dalam bahasa Arab; ringkas, mudah, Muhammad bin Abdullah, Rasul Terakhir.

Sekarang, menggunakan numerologi, gantikan huruf-huruf itu dengan nombor (iaitu sikuen atau tertib huruf-huruf dalam Alfabet Arab), ianya: Mim=24, Ha (kecil)=6, Mim=24, Dal=8, Ba=2, Nun=25, ‘Ain=18, Ba=2, Dal=8, Alif=1, Lam=23, Lam=23, Ha=27. Total=191. Adakah anda
nampak apakah yang ingin saya jelaskan? Lihatlah. 191 adalah ANGKA BERULANG! Jika kamu tidak puashati, bolehlah kamu campurkan mendatar angka 1+9+1 dan kamu akan dapat jawapannya, juga ANGKA BERULANG 11. Angka 11 adalah angka berulang terkecil yang diketahui oleh manusia.

Adakah ANGKA BERULANG satu BUKTI KEBENARAN ISLAM? Jawapannya YA. Dan sememangnya YA! Perhatikan bintang-bintang, galaksi, planet, hatta atom, quarks, sub-quarks. Bumi ini berputar (berulang) dan ia meluncur di atas landasannya mengelilingi matahari (berulang). Matahari pula beredar di atas burujnya mengelilingi pusat Bima Sakti (berulang).
Siang diikuti oleh malam (berulang). Lihatlah femomena berulang berlaku sekeliling anda! Itulah BUKTI KEBENARAN ISLAM!